Saturday, 18 September 2021

AFTER 5 YEARS~

 Assalamualaikum..

Fuhhh.. after 5 years gaiss.. tergerak hati nak buka balik blog ni untuk menggamit kisah memori lampau masa zaman Universiti.

Zaman yang penuh berwarna dan pelbagai corak. Tapi tu yang mahal sebab now im almost 28 & aku duduk sendirian di kamarku~ menangis kesepian kernamu~ haaa dah ternyanyi ๐Ÿ˜… 

Duluu.. Masa aku kat U, aku selalu menung, melepek tak buat assignment, moody, teringat rumah/family yang jauh. Memikirkan aku student yang tak guna banyak habis masa dan duit mak ayah. Sebab pikir diri 'nothing'. Orang yang tak ada apa untuk dibanggakan. Selalu rasa 'down', self-confident takdak. Ehh terukk nauu laaa bila pikir balik masa tu. TAPII benda yang aku bersyukur sangat sampai sekarang, Allah kurniakan aku insan-insan yang hati mulia. Teman-teman yang ikhlas bersahabat sebab sampai sekarang ni, depa still ada! Gilaa bethol mereka nihhh HAHA.. Tahan nohh berapa tahun dah kita bersahabat. 

Aku tak perlu laa nak sebut nama nama depa sebab nama-nama depa ni aku dah semat siap siap dalam hati aku, dalam doa aku. Depa yang sentiasa ada bila aku rasa susah, rasa macam-macam laa. Ni ampa baca kang kata lak 'Aiiii lebihkan member aje budak nii, family sikit takdak sebut.. Padahal family mak ayah dok ada dengan kita dari kecik!' Haaa aku tangann satgii!๐Ÿ˜†

Aku paling bersyukur sebab sampai sekarang aku hidup dalam adanya doa mak ayah aku. Benda tu buat aku rasa hidup, even depa bukan jenis cakap sayang ke bangga kat aku ke depan depan. Alhamdulillah actually 01/09/2021 merupakan tarikh keramat dalam hidup aku. Selama aku hidup, aku dok rasa tak guna bagai tu, aku dok perabih borass mak ayah laa apa laa kan. Ada satu titik sinar pada aku yang mana aku percaya sangat ni hasil doa mak ayah aku gak, dok interview 3 kali sampai dok rasa give up laa. Orang sekeliling asyik tanya bila nak kerja, tak carik kerja elok ke? Bila nak tu? Bila nak ni? Hmmm~

Now, alhamdulillah. Hasil 4 tahun aku mencurah ilmu keringat di negeri orang, habis belajar 4 tahun aku merasa laa tanam anggur laa, jual dadih kat koperasi sekolah, jadi kerani laa, memang aku buat yang luar bidang aku laa. Then hasil sabar aku capai gak kerjaya yang mana pada aku kerjaya ni sangat mulia. Pada aku sendiri pun kalau ikutkan, betapa aku rasa tak layak untuk memegang title tersebut. Sangat mahal dan aku perlu bawa hingga ke akhir hayat. Halaahh tak payah mention laa kerja apa. Tak penting untuk sebut kat sini, cuma aku nak kata aku bangga dengan diri aku sehingga laa sekarang.

Tapi tu laaa, sekarang ni seluruh dunia sedang alami satu ujian yang mana Covid-19 dah melanda hampir 2 tahun rasanya ek. Pejam celik pejam celik dok hadap PKP duduk rumah, jaga SOP semua sebab sekarang memang kita kena amalkan norma baharu. Ada laa sebab Allah bagi ujian ni, dulu kita buat tak heran je tapi mana sangka kan? Sekarang nak jumpa orang pun susah, nak salam peluk cium apetah lagi. Rindu rinduan dari jauh jelaa.. Sedih kan? Tapi takpa, kita muhasabah diri dan pikir balik apa hikmah Allah turunkan ujian macam ni. ๐Ÿ˜‡

Eh aku dah taip panjang panjang ni tak ada point apa pun nak bagitahu ampa kali ni. Saja saja bebel sebab lama sangat dah tak luang masa curhat kat blog. 5 tahun aku lupakan blog aku camtu jek, pastu haa tetiberr nak cerita balik apa yang jadik selama bertahun-tahun ni kang, sampai lusa aku keraihh kejung lak depan laptop๐Ÿ˜‚

InsyaAllah.. Ada ruang, panjang umur kita sambung lagi bebel kat sini k? Kalau kata aku tak panjang umur, ampa doa-doakan laa untuk aku. Mana tau kita boleh jumpa kat 'sana' insyaAllah๐Ÿ˜‡ Aku doakan sesiapa pun yang terbaca, terjumpa, terscroll blog aku ni, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahkan rezeki yang tidak henti-henti seperti air zamzam, dipermudahkan segala urusan ampa dan dilindungi Allah hendaknya. 

Ok laa.. rasa cukup setakat ni dulu kita merepek panjang. Untung aku kalau ampa baca sampai habis HAHA bersabar bethol eh korang baca๐Ÿ˜‚ Pasni mana tau aku update sekali lagi tau tau aku dah ada shuben pulekk ke. Eh? laaa single ke? Hmm yelaaaa 28 dah nak carik mana pun tak tau.. kot laa ada suamiku jatuh dari langit kennn~ punggahhh imaginasiku~๐Ÿ˜‚


*Dah jom layan lagu satt.. Sebab sekarang tgh september je pun. Beriaa mesti nak share lagu ni๐Ÿ˜…






Saturday, 11 June 2016

K.E.C.E.W.A



Assalamualaikum...

Maaf kerana terlalu lama menyepikan diri dalam dunia blogger ni..sepertinya semakin sukar untuk aku meluangkan sedikit masa untuk mencoretkan luahan rasa..akibat kesibukan duniawi yang tidak akan pernah habis..dan pada malam ini aku merasakan sudah tidak tertanggung lagi rasa ini...rasa apa? entahh laaa..semester ini sangat menguji daya tahan fizikal, mental dan emosi aku jugak...

Yupp..like the lyrics said...i'll tried to be perfect..tapi yelaaaa..mana ada manusia sempurna right?  just perbaiki untuk menjadi yang lebih baik kan? :) macam aku..dengan usia yang semakin meningkat ni..ape yang dah aku buat untuk perbaiki diri aku? jangan pandang diri org lain..takkan pernah sama even kita kembar! jangan cuba bandingkan diri ini dengan orang lain! hurmm...

Dengan usia ni juga..23 tahun ni..hmm..terlalu banyak perkara yang membuatkan aku rasa serba salah! berdosa! sampai rasa aku ni membebankan! dengan sikap aku yang masih lagi begini...sampai bila aku boleh hidup kalau dengan sikap yang macam ni?? WAKE UP SYAHIRAH AQILAH! sebenarnya banyak benda yang orang lain dah serabut pasal kauu tanpa kau sedar! so jangan bebankan mereka lagii! pleasee do something...

Hurmm..moga Allah menjaga hati-hati ini~ :'(

- manusia yang kecewa dengan diri ini...





Friday, 25 December 2015

Someone Special :)

Hati ini berbolak-balik sifatnya...
Hati ini Allah yang pegang...maka?

Assalamualaikum...

Lama benar rasa tak jenguk kat sini..rasa macam terlalu banyak nak diceritakan..alhamdulillah tahun 2015 hampir menutup kisahnya..pelbagai cerita telah tercoret sepanjang tahun ini..ada masa suka, ada masa sedih, ada masa rindu seperti ingin putarkan kembali masa-masa indah tu..tidak semua aku dapat ceritakan kat sini..di mana aku merasakan di sini jelaa tempat untuk aku catatkan moment2 indah sepanjang aku bernafas..aku tahu suatu hari nanti andai badan dimamah usia kelak, ingatan juga makin lupus..sedikit demi sedikit kenangan yang terpahat dalam memori aku juga kian hilang..jadi aku mahu di sini menjadi suatu tempat terkumpulnya memori2 indah pahit kat sini..

Hurmm...dahh laaaa...geli pulak bila aku cuba nak mengatur ayat sebegitu..cikgu BM nokkk~ :p
tapi betul laaa..pejam celik pejam celik..2015 dah hampir melabuhkan tirainya..bila dah hujung tahun camni, beberapa persoalan bermain dalam minda ni.....

"Apa yang aku dah dapat sepanjang tahun ni?"
"Apa jasa aku pada insan lain/masyarakat untuk kali ini?"
"Apa perkara yang boleh membanggakan kedua orang tua aku?"
"Apakah banyak kesilapan yang kulakukan telah ku betulkan?"

Banyak benda ke aku dah capai sepanjang aku kat sini? or nothing??? tak dapat apa2...jawapan semua dalam diri kau Qilaaa~hurmm...
Newayy aku cuma nak ucapkan terima kasih kepada insan-insan yang sentiasa BERSAMA aku bila masa aku susah, senang, sedih, stress dan segala macam perangai laa..banyak aku belajar sebenarnya bila aku kat sini..lebih mengenali DIRI SENDIRI..ya! sebenarnya banyak benda pasal diri aku yang aku tak tahu..aku tau aku boleh tapii susah nak gambarkan bila mana kau takda kat sisi aku..yup! aku tau tak selamanya kau perlu ''buatkan'' untuk aku..tak selamanya kau ada kat sebelah aku..aku belum sampai ke tahap di mana aku rasa walaupun kau takda kat sisi, aku akan okeyy, just rasa 'kehadiran kau...Nope! i'm not okeyy with that! kau tau takk suatu ketakutan yang tersimpan dalam diri aku? yaaa! KEHILANGAN! aku sangattt takut untuk berhadapan dengan tu! semakin ramai insan yang muncul dalam hidup aku, semakin aku takut kehilangan kalian..entah apa laa yang aku takutkan..Kehilangan tu kan pasti! :) cuma aku masih tak bersedia~
Tak bersedia dalam menghadapi ujian dunia ni berseorangan..terlaluu banyak yang perlu aku belajar lagi daripada kalian..tetapi aku tahu kalian sentiasa BERSAMA aku :) like someone said...
"Kau kena tahu beza orang ADA dengan kita dan orang BERSAMA kita" (lebih kurang gitulahh) :p


Semua ada alasan atau lebih tepatnya ada hikmah kenapa Allah buat sesuatu kat kita kann? :) oraittt...dahh jangan bebel banyak..aku cuma nak mention kat sini thankss again for ''someone'' that make me realize/celik akal gitteww..hahaha..insyaAllah segala nasihat, teguran yang bakal korang bagi kat aku nanti..aku ambik sebagai positif..bukan untuk sapa-sapa..untuk aku kottt! hahaha..
Haaaa satu lagi! secara official nyaaa aku nak tunjukkan wajah sebenar manusia yang seringkali bagi nasihat dan teguran yang direct piauuu punyeee...dia jekk yang berani buat camni beb and aku sebagai sahabat dia teramatlahh berbangga dengan beliau ni (mula2 kena pun boleh sentap oii..haha) tapi biasa laaa kalau dah nama berani teguq..kompem ada orang menyampah..tapi aku tak termasukk ehhh! aku baikk tauuuuu -,-

*die bukan perasan tu org dok ambik gmbaq die..gosipp je tauu!

Sorry derkkk..gua suka gambaq ni..so sukati aku laaa nak letak gambar ape kann..hahaha..
NURAINI HAJA MOHIDEEN..aku takdak benda nak cakap dengan hang..thanks masih bersama dengan aku, tahan baik buruk aku..layan jaa pak itam gumukk nii..tahan lapaq, takdak duit paa semuaaa laaaa dengan aku..haha..jangan penat nasihat dan tegur aku k? and last but not least....this entry specially for you dear~ ^_^ Thanks Allah for everything that u give~
U I <3 aini...






Tuesday, 1 December 2015

Special Dayyy!

Assalamualaikum gaisss! sihat ke idokkk? hurmm iollss sihat jekk..cuma busy lerr weekend penuh dengan macam2 program..nak i susun? ni yang terbaru laa..4-5/11 Program Sek SEMEKAP, 6-8/11 NLP, 13-15/11 Prodigy, 28/11 Family Day KASIH dan 29/11 Sukan Fakulti..tu pun ade lagi..errrr bersusun program KASIH..tu belum senarai tarikh yang sebelumnya tuu..malas laaa nak cite..haha..aku just harap dapat enjoy je selagi ada peluang kat U ni kann :)

Ni aku nak cita pasai benda lainn...23 November 2015 hari Isnin..tarikh yang sama aku dikeluarkan daripada perut mak 22 tahun yang lepas..alaaa senang citaa my birthday leww :p Pada aku hari tersebut adalah hari-hari yang biasa ja pada aku..mungkin sebab kita dah makin besar dan matang seiring dengan usia yang sudah mencecah 22 TAHUN..HAHA..yaaa bagi kawen pun anak 4 dahh :p tak kesah laaa..kiranya macam dulu kan kita dok tunggu sambil pegang henfon sapaa laaa nak wish aku tepat pukul 12 ni! haha..tapi time tu aku takdak pikir la semua tu. Dah besar kott..


Tapi tu laa kalau dah nama membe..kalau tak kacau aku takk sahh! dekat pukul 12 agaknya aku dah dok nak lenaa..depa dok kejut aq (Aini sebenaqnya insan yang dok kacau aku tu :p) poyosss gilerr siap nyanyi ramai2 depan aku dengan keadaan aku masih mamai2..hahaha..kuajaqq betul bebudak ni..tapi thanksss a lott laaa my dearest housemates semua (teha, ziyah, nadia, aini pak itam, giey gedik, dan dila walaupun die dah 'karam' pun time tuu..haha) nak gak nyanyi and wish pukul 12 malam tu..gagahh laaa depaa nii :p Aini pulak punyaa cover laa tak bagi aku masuk bilik dia bagaii..rupanya bagi kad 'special' utk aku..homemade uollsssss~haha..tak habeh ngan tu siap prank aku, kununn teha 'jatuh'! berderau sungguh laa mak jemah nii! sekali si midah ngan ayu dah get ready belakang loker pun..tak gunaaaa ini perempuan~ hahaha :p tapi hilang laa kempunan depa bagi kek cekelatt cheese..hikhik..siap main masak2 bihun tomyam! hurmm :') tak lupa dila yang cover2 nak belanja birthday gurl ni "funky channel' semuaa..haihh..yang wish aku secara lisan mahupun bertulis..TERIMA KASIH LAA OII! dengan ni pun baru2 ni giey & dila bagi suprise utk birthday aini pulak..beli kepsi! macam2 betol dieorang ni..happy ada kawan macam gini..sanggup spend duit and time masa hari special kite kan? nilai duit tak penting pun pada aku..sekadar wish dan ingatan pun dah memadai :)





*M.A.Q.G.A.D - tak cukup korum pulekk..hmm..

Haaa ni laa di..nampakk tak ade tanduk terkeluaq kat tudung masing2 tuu?! keja prank org jaa! hahaha...nasib tak tukaq baju kurung lagi masa tu..nampak lerr keayuan guee~:p so pada korang yang terlibat secara langsung dan tidak..thankss ye bagi aku gugur jantung..haha..sekecil-kecil benda korang bagi..insyaAllah aku ingat sampai akhir hayat aku..terima kasih sudi jadi teman aku, kawan gaduh aku, kawan mengadu aku, dan semua laaa..korang dah jadi sebahagian dalam hidup aku..seronok kalau gambaq atas tu cukup berenam..lama tak bergambar ramai2 :) moga Allah menjaga kalian semua ye..

~u i love M.A.Q.G.A.D :) assalamualaikum..


Tuesday, 10 November 2015

Sunday, 1 November 2015

Aleeee Aleeeeeee ^_^

..kalau bisaa dicerita'in..passtiii kaaaliaaann tidakk akann percaaaayaaaaa~hahaha..*saja aku taip..suka hati aku laaa kann?blog akuu~hahaha :p

..hmm sebenarnyaa hari-hari kalau dok cita pasal busy banyak program laa hape semua pon memang tak habeh laa derr..tapi ade tu laaa..sajaa laa cekk nak citaa nii..tadi dengan kelas PRS laa..pening susun jadual punya taknak ponteng kelas dengan program-program yang bertindan lagi..tu dah satu hal..malaihh aku nak cita yang tu..

..malam ni aku cam semangat kenegerian sikittt..al-maklum laaa tadi dok kecohh bola final piala AFC Johor DT vs Istiklol FC giteww laaa..aku bila dah kat kolej ni, tak dan laa nak layan bola ke hape..tv pon takdak,,lain kat rumahh..perghhhh! boleh bayang dahh camna soraa ayah dengan along kat depan tv..haha..ingat tadi nak laa layan bola kat lappy (onlina laa wifi dah adeee..hihi) tapi kebetulan esok aku ada program nak pi Rumah Anak-Anak Yatim Islam kat Sabak Bernam..so aku and Aini bertanggungjawab pi kutip derma sumbangan ikhlas kat budak-budak kolej KHAR ni..satu blok dok round pon cam nak tercabut skru lutut..

Tiba sampai kat satu rumah ni, nampak budak pakai baju johor..apa laaagiii..makin semangat akuu..lantakk pi laaa orang nak kata aku racist ke hape..malam tu final AFC kottt...haihh..tanya dok mana, hurmm satu kampunggg! haha..excited makk nakkk~siap boleh usha budak tu nak tak jadik klien akak untuk sesi kaunseling kelompok..naaasibbb dia busy (biase laa budak-budak bagi jawapan cliche' taknak buat sesi) hahahaha! jahat gilerr aku! :p

Pastu dok pusing-pusing mintak sumbangan lagi..dok dengaq lagii pasal johorr..kompem laaa dieorang ni tengah layan bola..macam nak bukak selipor (cehh tetibe gune bahase johor :p) nak join pi tengok bola sekali..hmm tapi time tu aku macam redho laaa..tengah buat keje amal kann..haha..bila balik bilik, lepas makan, dok gebang-gebang dengan dieorang ni..aku masuk bilik dengan harapan nak tengok result perlawanan...


Haaaaaaaaaa!! ini yang aku nampak bila bukak fb..aku bukak group whatsApp pun masing-masing sebut esokk cutii, esok cutii..hakhakhak~aku senyum jelaaa..haihh menang team JDT..gilerrr bangga doee..haduiii..ni kalau kat rumah mesti kiteorang dah riuh macam hape dahh..kihkih~
Sorry guyss..arini aku cita pasal johor..semangat kenegerian terlebihh sikitt..rinduu kott..dah laaa cuti mid sem tak balik..haha :'( 

So JDT haihh congratess guyss...korang dah buat yang terbaik..macam-macam korang kena..for haters JDT..sorryy beb piala AFC kali ni kiteorang punya..hahaha :p gilaaa jahattt laaa akuu! nak kata ape, kate laaaa...yang pasti aku cuma nak kata i'm reallyyy proud to be Johoreann! ale aleee~

*takpa laaa aku takdak cuti pon esok..aku dok perak so ahad memang cuti dahhh..haha..nunitee semuaaa ^_^

#salam1-0
#champion_AFC_cup
#haaa_marohhh_marohhh :p


Thursday, 29 October 2015

KroOkkk KroOokkkkkkkk~


*gambor masa birthday piqa..kena prankk! haha~
Kiri : Nursyahirah Samsudin - Bab
Tengah : Noor Syahfiqah Farhana Mohd Rafe - Piqa


Really miss both of them actually :'(
Hope this friendship akan kekal sampai bila-bila..walaupun masing-masing dah 'jauh'..rasa jauhh sangatt..tapi pada aku korang sentiasa ada tempat kat hati aku..terletak elok nama korang kat hati aku :)
Jaga diri..jaga iman..jaga kesihatan..jangan keje berat-berat sampai lupa rehat!

Piqa (yang tengah tu) - thanks 4 everything dear..kau ade je bila masa aku nak kau..kau paham je apa yang aku rasa, nak luah dulu..hehe..kau akan tetap jadik 'kaunselor' dan penasihat aku sampai bila-bila walaupun aku yang ambik bidang kaunseling skang..haha..takkan lupa tiap kata nasihat dan semangat yang kau bagi sampai aku ada kat mana skang..erm tak salah 'cinta pandang pertama' aku bila mana pertama kali kau jejak kat sts..tak sangka kau nak gak kawan dengan aku! :p okeyyy aku poyo! haha..stay cool and smile and stay be my sister :)

Bab/Belon - pompuan ni jangan cakap laaa jasa die..haihh..takdak dia nii aku rasa segamat jadik hape pon aku tak tauu..dia laaa 'minah rempit' yang sanggup tawaf satu segamat sebab kekadang bosan n bawak aku ronda-ronda..kira mana-mana aku ni macam 'cikaro' dia laa..haha :p tapi best ahh..time susah senang memang dia ni ade jekk..sampai beli topup mak pun dia yang beli kat 7e..hahaha! skang asal whatsapp aku tanya bila balik, bila balik?aku balik korang busy keje, tak guna aku balik gakk..hahaha :p

Takpa laa..aku bukan harap korang ada 24/7 dengan aku..cukup korang ingat aku sebagai kawan korang pun..aku dah happy dahh ^_^ thanks korang ada bila masa aku give sangat nak belajar (masa form 6 kott) haha..apa yang aku dapat sekarang aku tak malu and segan nak cakap yang beliau-beliau ni laa antara pencetus semangat aku..oraittt nak tidoq! nite..love from upsian~ :)