Friday, 25 December 2015

Someone Special :)

Hati ini berbolak-balik sifatnya...
Hati ini Allah yang pegang...maka?

Assalamualaikum...

Lama benar rasa tak jenguk kat sini..rasa macam terlalu banyak nak diceritakan..alhamdulillah tahun 2015 hampir menutup kisahnya..pelbagai cerita telah tercoret sepanjang tahun ini..ada masa suka, ada masa sedih, ada masa rindu seperti ingin putarkan kembali masa-masa indah tu..tidak semua aku dapat ceritakan kat sini..di mana aku merasakan di sini jelaa tempat untuk aku catatkan moment2 indah sepanjang aku bernafas..aku tahu suatu hari nanti andai badan dimamah usia kelak, ingatan juga makin lupus..sedikit demi sedikit kenangan yang terpahat dalam memori aku juga kian hilang..jadi aku mahu di sini menjadi suatu tempat terkumpulnya memori2 indah pahit kat sini..

Hurmm...dahh laaaa...geli pulak bila aku cuba nak mengatur ayat sebegitu..cikgu BM nokkk~ :p
tapi betul laaa..pejam celik pejam celik..2015 dah hampir melabuhkan tirainya..bila dah hujung tahun camni, beberapa persoalan bermain dalam minda ni.....

"Apa yang aku dah dapat sepanjang tahun ni?"
"Apa jasa aku pada insan lain/masyarakat untuk kali ini?"
"Apa perkara yang boleh membanggakan kedua orang tua aku?"
"Apakah banyak kesilapan yang kulakukan telah ku betulkan?"

Banyak benda ke aku dah capai sepanjang aku kat sini? or nothing??? tak dapat apa2...jawapan semua dalam diri kau Qilaaa~hurmm...
Newayy aku cuma nak ucapkan terima kasih kepada insan-insan yang sentiasa BERSAMA aku bila masa aku susah, senang, sedih, stress dan segala macam perangai laa..banyak aku belajar sebenarnya bila aku kat sini..lebih mengenali DIRI SENDIRI..ya! sebenarnya banyak benda pasal diri aku yang aku tak tahu..aku tau aku boleh tapii susah nak gambarkan bila mana kau takda kat sisi aku..yup! aku tau tak selamanya kau perlu ''buatkan'' untuk aku..tak selamanya kau ada kat sebelah aku..aku belum sampai ke tahap di mana aku rasa walaupun kau takda kat sisi, aku akan okeyy, just rasa 'kehadiran kau...Nope! i'm not okeyy with that! kau tau takk suatu ketakutan yang tersimpan dalam diri aku? yaaa! KEHILANGAN! aku sangattt takut untuk berhadapan dengan tu! semakin ramai insan yang muncul dalam hidup aku, semakin aku takut kehilangan kalian..entah apa laa yang aku takutkan..Kehilangan tu kan pasti! :) cuma aku masih tak bersedia~
Tak bersedia dalam menghadapi ujian dunia ni berseorangan..terlaluu banyak yang perlu aku belajar lagi daripada kalian..tetapi aku tahu kalian sentiasa BERSAMA aku :) like someone said...
"Kau kena tahu beza orang ADA dengan kita dan orang BERSAMA kita" (lebih kurang gitulahh) :p


Semua ada alasan atau lebih tepatnya ada hikmah kenapa Allah buat sesuatu kat kita kann? :) oraittt...dahh jangan bebel banyak..aku cuma nak mention kat sini thankss again for ''someone'' that make me realize/celik akal gitteww..hahaha..insyaAllah segala nasihat, teguran yang bakal korang bagi kat aku nanti..aku ambik sebagai positif..bukan untuk sapa-sapa..untuk aku kottt! hahaha..
Haaaa satu lagi! secara official nyaaa aku nak tunjukkan wajah sebenar manusia yang seringkali bagi nasihat dan teguran yang direct piauuu punyeee...dia jekk yang berani buat camni beb and aku sebagai sahabat dia teramatlahh berbangga dengan beliau ni (mula2 kena pun boleh sentap oii..haha) tapi biasa laaa kalau dah nama berani teguq..kompem ada orang menyampah..tapi aku tak termasukk ehhh! aku baikk tauuuuu -,-

*die bukan perasan tu org dok ambik gmbaq die..gosipp je tauu!

Sorry derkkk..gua suka gambaq ni..so sukati aku laaa nak letak gambar ape kann..hahaha..
NURAINI HAJA MOHIDEEN..aku takdak benda nak cakap dengan hang..thanks masih bersama dengan aku, tahan baik buruk aku..layan jaa pak itam gumukk nii..tahan lapaq, takdak duit paa semuaaa laaaa dengan aku..haha..jangan penat nasihat dan tegur aku k? and last but not least....this entry specially for you dear~ ^_^ Thanks Allah for everything that u give~
U I <3 aini...






Tuesday, 1 December 2015

Special Dayyy!

Assalamualaikum gaisss! sihat ke idokkk? hurmm iollss sihat jekk..cuma busy lerr weekend penuh dengan macam2 program..nak i susun? ni yang terbaru laa..4-5/11 Program Sek SEMEKAP, 6-8/11 NLP, 13-15/11 Prodigy, 28/11 Family Day KASIH dan 29/11 Sukan Fakulti..tu pun ade lagi..errrr bersusun program KASIH..tu belum senarai tarikh yang sebelumnya tuu..malas laaa nak cite..haha..aku just harap dapat enjoy je selagi ada peluang kat U ni kann :)

Ni aku nak cita pasai benda lainn...23 November 2015 hari Isnin..tarikh yang sama aku dikeluarkan daripada perut mak 22 tahun yang lepas..alaaa senang citaa my birthday leww :p Pada aku hari tersebut adalah hari-hari yang biasa ja pada aku..mungkin sebab kita dah makin besar dan matang seiring dengan usia yang sudah mencecah 22 TAHUN..HAHA..yaaa bagi kawen pun anak 4 dahh :p tak kesah laaa..kiranya macam dulu kan kita dok tunggu sambil pegang henfon sapaa laaa nak wish aku tepat pukul 12 ni! haha..tapi time tu aku takdak pikir la semua tu. Dah besar kott..


Tapi tu laa kalau dah nama membe..kalau tak kacau aku takk sahh! dekat pukul 12 agaknya aku dah dok nak lenaa..depa dok kejut aq (Aini sebenaqnya insan yang dok kacau aku tu :p) poyosss gilerr siap nyanyi ramai2 depan aku dengan keadaan aku masih mamai2..hahaha..kuajaqq betul bebudak ni..tapi thanksss a lott laaa my dearest housemates semua (teha, ziyah, nadia, aini pak itam, giey gedik, dan dila walaupun die dah 'karam' pun time tuu..haha) nak gak nyanyi and wish pukul 12 malam tu..gagahh laaa depaa nii :p Aini pulak punyaa cover laa tak bagi aku masuk bilik dia bagaii..rupanya bagi kad 'special' utk aku..homemade uollsssss~haha..tak habeh ngan tu siap prank aku, kununn teha 'jatuh'! berderau sungguh laa mak jemah nii! sekali si midah ngan ayu dah get ready belakang loker pun..tak gunaaaa ini perempuan~ hahaha :p tapi hilang laa kempunan depa bagi kek cekelatt cheese..hikhik..siap main masak2 bihun tomyam! hurmm :') tak lupa dila yang cover2 nak belanja birthday gurl ni "funky channel' semuaa..haihh..yang wish aku secara lisan mahupun bertulis..TERIMA KASIH LAA OII! dengan ni pun baru2 ni giey & dila bagi suprise utk birthday aini pulak..beli kepsi! macam2 betol dieorang ni..happy ada kawan macam gini..sanggup spend duit and time masa hari special kite kan? nilai duit tak penting pun pada aku..sekadar wish dan ingatan pun dah memadai :)





*M.A.Q.G.A.D - tak cukup korum pulekk..hmm..

Haaa ni laa di..nampakk tak ade tanduk terkeluaq kat tudung masing2 tuu?! keja prank org jaa! hahaha...nasib tak tukaq baju kurung lagi masa tu..nampak lerr keayuan guee~:p so pada korang yang terlibat secara langsung dan tidak..thankss ye bagi aku gugur jantung..haha..sekecil-kecil benda korang bagi..insyaAllah aku ingat sampai akhir hayat aku..terima kasih sudi jadi teman aku, kawan gaduh aku, kawan mengadu aku, dan semua laaa..korang dah jadi sebahagian dalam hidup aku..seronok kalau gambaq atas tu cukup berenam..lama tak bergambar ramai2 :) moga Allah menjaga kalian semua ye..

~u i love M.A.Q.G.A.D :) assalamualaikum..


Tuesday, 10 November 2015

Sunday, 1 November 2015

Aleeee Aleeeeeee ^_^

..kalau bisaa dicerita'in..passtiii kaaaliaaann tidakk akann percaaaayaaaaa~hahaha..*saja aku taip..suka hati aku laaa kann?blog akuu~hahaha :p

..hmm sebenarnyaa hari-hari kalau dok cita pasal busy banyak program laa hape semua pon memang tak habeh laa derr..tapi ade tu laaa..sajaa laa cekk nak citaa nii..tadi dengan kelas PRS laa..pening susun jadual punya taknak ponteng kelas dengan program-program yang bertindan lagi..tu dah satu hal..malaihh aku nak cita yang tu..

..malam ni aku cam semangat kenegerian sikittt..al-maklum laaa tadi dok kecohh bola final piala AFC Johor DT vs Istiklol FC giteww laaa..aku bila dah kat kolej ni, tak dan laa nak layan bola ke hape..tv pon takdak,,lain kat rumahh..perghhhh! boleh bayang dahh camna soraa ayah dengan along kat depan tv..haha..ingat tadi nak laa layan bola kat lappy (onlina laa wifi dah adeee..hihi) tapi kebetulan esok aku ada program nak pi Rumah Anak-Anak Yatim Islam kat Sabak Bernam..so aku and Aini bertanggungjawab pi kutip derma sumbangan ikhlas kat budak-budak kolej KHAR ni..satu blok dok round pon cam nak tercabut skru lutut..

Tiba sampai kat satu rumah ni, nampak budak pakai baju johor..apa laaagiii..makin semangat akuu..lantakk pi laaa orang nak kata aku racist ke hape..malam tu final AFC kottt...haihh..tanya dok mana, hurmm satu kampunggg! haha..excited makk nakkk~siap boleh usha budak tu nak tak jadik klien akak untuk sesi kaunseling kelompok..naaasibbb dia busy (biase laa budak-budak bagi jawapan cliche' taknak buat sesi) hahahaha! jahat gilerr aku! :p

Pastu dok pusing-pusing mintak sumbangan lagi..dok dengaq lagii pasal johorr..kompem laaa dieorang ni tengah layan bola..macam nak bukak selipor (cehh tetibe gune bahase johor :p) nak join pi tengok bola sekali..hmm tapi time tu aku macam redho laaa..tengah buat keje amal kann..haha..bila balik bilik, lepas makan, dok gebang-gebang dengan dieorang ni..aku masuk bilik dengan harapan nak tengok result perlawanan...


Haaaaaaaaaa!! ini yang aku nampak bila bukak fb..aku bukak group whatsApp pun masing-masing sebut esokk cutii, esok cutii..hakhakhak~aku senyum jelaaa..haihh menang team JDT..gilerrr bangga doee..haduiii..ni kalau kat rumah mesti kiteorang dah riuh macam hape dahh..kihkih~
Sorry guyss..arini aku cita pasal johor..semangat kenegerian terlebihh sikitt..rinduu kott..dah laaa cuti mid sem tak balik..haha :'( 

So JDT haihh congratess guyss...korang dah buat yang terbaik..macam-macam korang kena..for haters JDT..sorryy beb piala AFC kali ni kiteorang punya..hahaha :p gilaaa jahattt laaa akuu! nak kata ape, kate laaaa...yang pasti aku cuma nak kata i'm reallyyy proud to be Johoreann! ale aleee~

*takpa laaa aku takdak cuti pon esok..aku dok perak so ahad memang cuti dahhh..haha..nunitee semuaaa ^_^

#salam1-0
#champion_AFC_cup
#haaa_marohhh_marohhh :p


Thursday, 29 October 2015

KroOkkk KroOokkkkkkkk~


*gambor masa birthday piqa..kena prankk! haha~
Kiri : Nursyahirah Samsudin - Bab
Tengah : Noor Syahfiqah Farhana Mohd Rafe - Piqa


Really miss both of them actually :'(
Hope this friendship akan kekal sampai bila-bila..walaupun masing-masing dah 'jauh'..rasa jauhh sangatt..tapi pada aku korang sentiasa ada tempat kat hati aku..terletak elok nama korang kat hati aku :)
Jaga diri..jaga iman..jaga kesihatan..jangan keje berat-berat sampai lupa rehat!

Piqa (yang tengah tu) - thanks 4 everything dear..kau ade je bila masa aku nak kau..kau paham je apa yang aku rasa, nak luah dulu..hehe..kau akan tetap jadik 'kaunselor' dan penasihat aku sampai bila-bila walaupun aku yang ambik bidang kaunseling skang..haha..takkan lupa tiap kata nasihat dan semangat yang kau bagi sampai aku ada kat mana skang..erm tak salah 'cinta pandang pertama' aku bila mana pertama kali kau jejak kat sts..tak sangka kau nak gak kawan dengan aku! :p okeyyy aku poyo! haha..stay cool and smile and stay be my sister :)

Bab/Belon - pompuan ni jangan cakap laaa jasa die..haihh..takdak dia nii aku rasa segamat jadik hape pon aku tak tauu..dia laaa 'minah rempit' yang sanggup tawaf satu segamat sebab kekadang bosan n bawak aku ronda-ronda..kira mana-mana aku ni macam 'cikaro' dia laa..haha :p tapi best ahh..time susah senang memang dia ni ade jekk..sampai beli topup mak pun dia yang beli kat 7e..hahaha! skang asal whatsapp aku tanya bila balik, bila balik?aku balik korang busy keje, tak guna aku balik gakk..hahaha :p

Takpa laa..aku bukan harap korang ada 24/7 dengan aku..cukup korang ingat aku sebagai kawan korang pun..aku dah happy dahh ^_^ thanks korang ada bila masa aku give sangat nak belajar (masa form 6 kott) haha..apa yang aku dapat sekarang aku tak malu and segan nak cakap yang beliau-beliau ni laa antara pencetus semangat aku..oraittt nak tidoq! nite..love from upsian~ :)





Wednesday, 28 October 2015

Story moryyy iollsss~




Ku biar kalam berbicara, menghurai maksudnya di jiwa, agar mudah ku mengerti, segala yang terjadi, sudah suratan Ilahi..

Ku biarkan pena menulis, meluahkan hasrat di hati, moga terubat segala, keresahan di jiwa, tak pernah ku ingini..

Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu, mungkin sudah suratan hidupku, kasih yang lama terjalin berderai bagaikan kaca.. Oh teman maafkanlah diriku... 

Oh Tuhan..tunjukkan ku jalan untuk menempuhi dugaan ini, Teman.. maafkan jika ku melukaimu, moga ikatan ukhwah yang dibina ke akhirnya..

Aku tidak kan berdaya menahan hibanya rasa, kau pergi meninggalkan diriku, Redha lah apa terjadi, usahlah kau kesali, mungkin ada rahmat yang tersembunyi..." :(

..syahdu tak ayat tuu??hehehe...saja bagi syahdu-syahdu sikit..khas utk teman-teman gue~ serious! aku tau aku kawan yang ada masa baikk bebenor,tapi jahatt gilerr, kekadang suka menyusahkan pulakk, pelikk lak tuu (ye ker?hmm) and so on laahh..i know tiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing..dan aku harap aku dapat faham setiap sikap, perangai, pe'el setiap sorang sahabat aku..dapat hadam kottt..sebab kekadang dieorang ni pon sengett boleh tahan gakk! hahaha..at least aku harap aku bukan punca dan penyebab kalau dieorang sedih or sakit hati..haaaaa ayat poyoss siott! tapi tu laa aku tak suka gadoh seyhh! tau tak feeling bila gadoh dengan membe camne??haihh..macam nak makan bebanyak time tu! (okeyy perkaitannya??) -_-''
  *muka aku siyesss syahdu cam tu laa kalau gadoh dgn membe! kahh!


..dah laaaa minggu ni giler banyak program (acehhhh! bajett bz macam MPP :p) weekend aku pun tak macam cuti! so x memasal aku jadik anak derhaka -_-'' lama gak laaa aku tak call mak..budusss gak rasa sebab bagi banyakk alasan!! (helah bela diri kununn~) last-last call mak gak malam tadii..haaaaa legaaaaaaaaaaaaa~ macam segala penat program, tak 'cukup' tidur dengan sakit-sakit badan terusss hilang bila dengar mak bebel..kah! hehe..


..baru-baru ni lak esaimen pasal buat video sendiri..aq terus terdetik lagu maher zain 'number 1 4 me' :) op cosssss laaa for my lovely mumm~ walaupun lagu tu aku tak siapkan sepenuhnya *aini sayang jugak yang bagi perabihh buat :p tapi legaaa laaa akhirnya gambaq yang 'rare' aku letak dalam video tu..lagi Mr.A pasang kat kelas..sejukk tangan denn..bangga kot? heeeee~ walaupun tak laa hebat mana video tu..hehe..so this video special 4 my beautiful sweetheart..Pn.Noreha Bt. Bahari :)



 *enjoyyy dudeee! ^_^

Tuesday, 20 October 2015

Perwira Satria

" ada seorang perwira satria..mempunyai beribu-ribu bala tentera..apabila dia mengarahkan mereka semua ke atas, mereka ke atas..apabila dia mengarahkan mereka semua ke bawah, mereka ke bawah..apabila dia tidak mengarahkan mereka semua ke atas atau ke bawah, mereka tiada di mana-mana.."


..setakat hafal penyataan kat atas tu je dalam beberapa minit? lepas tu sebut je balik? elehhh sonang yooo~ eden poei sobut jo kann..hahaha..tapiiii......haihhh..ingat Mr.A nak lepas cam tu jekk?? memeyy silap lerrr...bukan kata hafal, beliau suruh sebut dengan lenggok  nak berpuisi!!  siap gaya tangan bagaiii?maigaddddd!! okeyyy aku nak nangis..tapi macam yang aku sebut entry lepas..aku tak nak layu-layu lagi..it's time to prove it Qila lalalaaa~ T_T

Hmm..aku buat laaa konon aku dah get ready macam tak gabra :p hahaha..tiba nama aku naik suruh berdiri dan berpuisi...acehhhhhh~ dengan bangganyaa aku lontarkan suara sumbang aku ni..*konon nak lawan feeling nebess laa ni..tapi 2-3 kali gua kena gelakk derr dengan Mr.A lagi..hakhak! aku kalau orang dah start gelak..mood aku pon terbang melayanggg~ :p tapi iollss okey jekk..

Aku tauu kenapa Mr.A nak tiap sorang buat camtu dengan tak malunya...beliau nak kami CONFIDENT! yupp! dia nak kita berani je punn..toksahh laaa dok dengaq, dok heran oghang nak kutuk ka gelak ka kalau salah..YA! ramai je antara kita bila nak buat something mesti kena tanya orang "wehh agak-agak betul tak camni? kalau aku buat camni ok tak?? and yesss..aku jugak sebahagian daripada makhluk-makhluk yang mempunyai perasaan ni..beliau selalu kata kami ni semuaaa ada bakat, kelebihan masing-masing..semua ada potensi..cuma sayangg sepatutnya dari awal kami di 'train' camna nak berdepan dengan orang, ada keyakinan diri, tone setting bila bercakap and so on lahh..patutnya beliau kata kami ni dah kena ada semua tu bila masuk sini..

Time tu semangat aku meluap-luap laaa..hahaha..beliau dah bakor kann? :p tapi betul laaaa..aku nakk sangat 'keyakinan' tu..at least sikit pun jadik laaa..haha..takut gak tak boleh bawak bila praktikum nanti..sekolah kottt! -_-'' hmm takpe laaa..i believe Mr.A boleh tolong aku..muahahahaaa~ fefeeling pulekkkk~ dahh laaa..nak pi kelas! kang rajin aku update lagi..daaaaaaa~ ^_^



*adik someiii ni pon boleh..aku takkan tak boleh? aceceehhhh~ kah!

Sunday, 18 October 2015

Minggu Yang Layuuu~


2.20 am, 18 Oktober 2015

~ assalamualaikum gaiss..minggu yang mencabar buat aku..hari demi hari membuatkan aku makin kerap berfikir..untuk setiap benda..assignment, sahabat, family, emosi sendiri & macam-macam laa..kecelaruan nokkk~ tu laaa dulu malas pikir sangatt..haha :p

Aku akui..banyak yang aku belajar bila kat sini..jauh dari family..lebih berdikari..walaupun adakalanya aku rasa macam dah tak larat kott..hampir tersungkur..give up..putus asa..takda semangat, lemah lutut, dannn sewaktu dengannya laaa.. tapi aku bersyukur..yupp!! sangatt!! Allah kurniakan aku insan-insan yang mulia yang menjadi pengganti keluarga yang jauh..penghibur hati..penyejuk mata..walaupun adakalanya menyakitkan hari gakk laaa..hakhak! tapi they really awesome for me!!
hmm sape?? hahaha..pada aku cukup laa bila ada insan yang bergelar SAHABAT :) aku dah tak perlukan orang lain..maybe tu pun punca aku takdak balakss kott?? kahh!

Depa ni laaa yang backup aku and sentiasa ada bila aku tengah 'layu'..sungguhh aku tau nak kata! gadoh laaa camna terokk pon kita ni..tak tegur laa..tak ajak makan sekali laa, esaimen siap dulu laa..semua nak bawak gadoh! tapi tu laa membe tetap membe beb! bila sorang membe kena pangkah, apa lagi?? mana boleh dok diam! hahaha..aku ingat jarak kita makin lama makin jauh tapi Allah dah plan baik punya..Dia lagi Tahu kann :)


Aku rasaa laaa..sampai masa aku kena tukaq perangai 'layu' aku ni..sampai bila aku still nak duduk kat takuk lama sedangkan ada je orang nampak kelebihan kita..yup! sebenarnya aku bangga jadik diri aku! aku suka perangai aku yang tak suka sama dengan orang lain! hahaha..cukup laa bangga jadi diri sendiri, tak perlu jadi perfect kan? :) 


Haaaaa...ni laaa die makhluk-makhluk Allah yang aku dok sebut-sebut dari tadi..(gambor lama..sem 3..kah!) aku ada laa dengar orang kata kalau kawan lebih seorang ni, mesti ada problem..memang pon! haha..tapi tu tak bermakna boleh jarakkan kami..insyaAllah Allah jaga ukhwah kami..hmmm asal ayat aku macam geli-geli pulak hari ni..oittt! korang dah baca ni jangan nak kata aku karatt sangat haaa..aku tak sayang korang pun..takyah perasann! :p

So, perjalanan akan diteruskan lagi..and maap laa aku tak rajin update entry..mak busyy laa nakkkk~ sampai makan pun tak sempat! hmm okeyy yang tu tipu sikit -_-
Ok laa.. lain kali aku cita pasai benda lain..banyak nak cita ni..geramm ngatt aihh! tapiii nanti laaa...taip panjang-panjang ni, kalau buat esaimen pun boleh siap 15 halaman beserta lampiran lagi tauu!

Lastly..sorry for those i have hurt..i'm not perfect..and it's just me :)


saja letak takdak kena mengena pon..cam besttt ayat die jekk :p


Niteeeeee gaisssss~ heeeee~


Saturday, 10 October 2015

Mulakan dengan Bismillahh~

Assalamualaikum uollss~

Hahaha...alahaiii~ kelakorr pulak ghase! aku sendiri macam tak percaya aku ada BLOG..?? hmm..dulu rasa macam poyosss sangat ada blog ni..sebab pada aku orang yang ada blog ni yang rajin karang-karang ayat jekk..yang dulu dalam kelas selalu dapat A++ dalam bm penulisan..dann aku bukan dalam golongan tu kott...tapi takpe laaa dah sampai waktu dan ketikanya aku kena gak buat! *cisss! macam kena paksa buat je, padahal tergedik-gedik suruh membe ajar~ -_-''

Newayyy..malas nak bebel panjang..nak cakap awal-awal laa..aku ni bukan laa ahli sasterawan, cendekiawan, 'pemikio'an, mahupun sejarawan..so aku tak laa berapa arif pasal ilmiah ke pengetahuan am ke resepi-resepi..but aku cuba kongsi laa mana yang aku rasa aku nak..aku mengaku jugak laa aku antara golongan yang kurang membaca..erkkk??? -_- hahaha..tapi i'm still TRYINGG kayhh untuk lebih rajin..HAHA..tak caya?? hmm aku punn! kahh~

Disebabkan ni 1st entry kannn..izinkan saya Yang Arif untuk cerita sikit-sikit pasal diri ni..aku ni :

~ student..UPSI..sem 5 dahh (2015 laa) kos?? hmm carik laa kalau nak tau..
~ still ada family yang happening! mak, ayah, along, angah, aku & adik..i'm glad to be one of them :)
~ ada membe yang sweettt2 giteww..'care' kat aku dengan cara masing2 :)
~ aku sukaaaa gilaaaaa kucinggg! muzik especially gitarr! and makannn!! yeahhh~ HAHA!

Senang kata aku ni orang biasa-biasa je..dengan life yang biasa-biasa gak..

Aku cuma ada insan-insan yang 'awesome' yang menjadi penggerak & semangat dalam hidup aku!


yupp! EVERYDAY is a new chapter..so tunggu lain entry laa ekk untuk tau 1st story daripada aku..hikhik..salam permisi semuaa~
*dengan ni iollss rasmikan belog ni dgn Bismillahh~ :)