Friday, 25 December 2015

Someone Special :)

Hati ini berbolak-balik sifatnya...
Hati ini Allah yang pegang...maka?

Assalamualaikum...

Lama benar rasa tak jenguk kat sini..rasa macam terlalu banyak nak diceritakan..alhamdulillah tahun 2015 hampir menutup kisahnya..pelbagai cerita telah tercoret sepanjang tahun ini..ada masa suka, ada masa sedih, ada masa rindu seperti ingin putarkan kembali masa-masa indah tu..tidak semua aku dapat ceritakan kat sini..di mana aku merasakan di sini jelaa tempat untuk aku catatkan moment2 indah sepanjang aku bernafas..aku tahu suatu hari nanti andai badan dimamah usia kelak, ingatan juga makin lupus..sedikit demi sedikit kenangan yang terpahat dalam memori aku juga kian hilang..jadi aku mahu di sini menjadi suatu tempat terkumpulnya memori2 indah pahit kat sini..

Hurmm...dahh laaaa...geli pulak bila aku cuba nak mengatur ayat sebegitu..cikgu BM nokkk~ :p
tapi betul laaa..pejam celik pejam celik..2015 dah hampir melabuhkan tirainya..bila dah hujung tahun camni, beberapa persoalan bermain dalam minda ni.....

"Apa yang aku dah dapat sepanjang tahun ni?"
"Apa jasa aku pada insan lain/masyarakat untuk kali ini?"
"Apa perkara yang boleh membanggakan kedua orang tua aku?"
"Apakah banyak kesilapan yang kulakukan telah ku betulkan?"

Banyak benda ke aku dah capai sepanjang aku kat sini? or nothing??? tak dapat apa2...jawapan semua dalam diri kau Qilaaa~hurmm...
Newayy aku cuma nak ucapkan terima kasih kepada insan-insan yang sentiasa BERSAMA aku bila masa aku susah, senang, sedih, stress dan segala macam perangai laa..banyak aku belajar sebenarnya bila aku kat sini..lebih mengenali DIRI SENDIRI..ya! sebenarnya banyak benda pasal diri aku yang aku tak tahu..aku tau aku boleh tapii susah nak gambarkan bila mana kau takda kat sisi aku..yup! aku tau tak selamanya kau perlu ''buatkan'' untuk aku..tak selamanya kau ada kat sebelah aku..aku belum sampai ke tahap di mana aku rasa walaupun kau takda kat sisi, aku akan okeyy, just rasa 'kehadiran kau...Nope! i'm not okeyy with that! kau tau takk suatu ketakutan yang tersimpan dalam diri aku? yaaa! KEHILANGAN! aku sangattt takut untuk berhadapan dengan tu! semakin ramai insan yang muncul dalam hidup aku, semakin aku takut kehilangan kalian..entah apa laa yang aku takutkan..Kehilangan tu kan pasti! :) cuma aku masih tak bersedia~
Tak bersedia dalam menghadapi ujian dunia ni berseorangan..terlaluu banyak yang perlu aku belajar lagi daripada kalian..tetapi aku tahu kalian sentiasa BERSAMA aku :) like someone said...
"Kau kena tahu beza orang ADA dengan kita dan orang BERSAMA kita" (lebih kurang gitulahh) :p


Semua ada alasan atau lebih tepatnya ada hikmah kenapa Allah buat sesuatu kat kita kann? :) oraittt...dahh jangan bebel banyak..aku cuma nak mention kat sini thankss again for ''someone'' that make me realize/celik akal gitteww..hahaha..insyaAllah segala nasihat, teguran yang bakal korang bagi kat aku nanti..aku ambik sebagai positif..bukan untuk sapa-sapa..untuk aku kottt! hahaha..
Haaaa satu lagi! secara official nyaaa aku nak tunjukkan wajah sebenar manusia yang seringkali bagi nasihat dan teguran yang direct piauuu punyeee...dia jekk yang berani buat camni beb and aku sebagai sahabat dia teramatlahh berbangga dengan beliau ni (mula2 kena pun boleh sentap oii..haha) tapi biasa laaa kalau dah nama berani teguq..kompem ada orang menyampah..tapi aku tak termasukk ehhh! aku baikk tauuuuu -,-

*die bukan perasan tu org dok ambik gmbaq die..gosipp je tauu!

Sorry derkkk..gua suka gambaq ni..so sukati aku laaa nak letak gambar ape kann..hahaha..
NURAINI HAJA MOHIDEEN..aku takdak benda nak cakap dengan hang..thanks masih bersama dengan aku, tahan baik buruk aku..layan jaa pak itam gumukk nii..tahan lapaq, takdak duit paa semuaaa laaaa dengan aku..haha..jangan penat nasihat dan tegur aku k? and last but not least....this entry specially for you dear~ ^_^ Thanks Allah for everything that u give~
U I <3 aini...






Tuesday, 1 December 2015

Special Dayyy!

Assalamualaikum gaisss! sihat ke idokkk? hurmm iollss sihat jekk..cuma busy lerr weekend penuh dengan macam2 program..nak i susun? ni yang terbaru laa..4-5/11 Program Sek SEMEKAP, 6-8/11 NLP, 13-15/11 Prodigy, 28/11 Family Day KASIH dan 29/11 Sukan Fakulti..tu pun ade lagi..errrr bersusun program KASIH..tu belum senarai tarikh yang sebelumnya tuu..malas laaa nak cite..haha..aku just harap dapat enjoy je selagi ada peluang kat U ni kann :)

Ni aku nak cita pasai benda lainn...23 November 2015 hari Isnin..tarikh yang sama aku dikeluarkan daripada perut mak 22 tahun yang lepas..alaaa senang citaa my birthday leww :p Pada aku hari tersebut adalah hari-hari yang biasa ja pada aku..mungkin sebab kita dah makin besar dan matang seiring dengan usia yang sudah mencecah 22 TAHUN..HAHA..yaaa bagi kawen pun anak 4 dahh :p tak kesah laaa..kiranya macam dulu kan kita dok tunggu sambil pegang henfon sapaa laaa nak wish aku tepat pukul 12 ni! haha..tapi time tu aku takdak pikir la semua tu. Dah besar kott..


Tapi tu laa kalau dah nama membe..kalau tak kacau aku takk sahh! dekat pukul 12 agaknya aku dah dok nak lenaa..depa dok kejut aq (Aini sebenaqnya insan yang dok kacau aku tu :p) poyosss gilerr siap nyanyi ramai2 depan aku dengan keadaan aku masih mamai2..hahaha..kuajaqq betul bebudak ni..tapi thanksss a lott laaa my dearest housemates semua (teha, ziyah, nadia, aini pak itam, giey gedik, dan dila walaupun die dah 'karam' pun time tuu..haha) nak gak nyanyi and wish pukul 12 malam tu..gagahh laaa depaa nii :p Aini pulak punyaa cover laa tak bagi aku masuk bilik dia bagaii..rupanya bagi kad 'special' utk aku..homemade uollsssss~haha..tak habeh ngan tu siap prank aku, kununn teha 'jatuh'! berderau sungguh laa mak jemah nii! sekali si midah ngan ayu dah get ready belakang loker pun..tak gunaaaa ini perempuan~ hahaha :p tapi hilang laa kempunan depa bagi kek cekelatt cheese..hikhik..siap main masak2 bihun tomyam! hurmm :') tak lupa dila yang cover2 nak belanja birthday gurl ni "funky channel' semuaa..haihh..yang wish aku secara lisan mahupun bertulis..TERIMA KASIH LAA OII! dengan ni pun baru2 ni giey & dila bagi suprise utk birthday aini pulak..beli kepsi! macam2 betol dieorang ni..happy ada kawan macam gini..sanggup spend duit and time masa hari special kite kan? nilai duit tak penting pun pada aku..sekadar wish dan ingatan pun dah memadai :)





*M.A.Q.G.A.D - tak cukup korum pulekk..hmm..

Haaa ni laa di..nampakk tak ade tanduk terkeluaq kat tudung masing2 tuu?! keja prank org jaa! hahaha...nasib tak tukaq baju kurung lagi masa tu..nampak lerr keayuan guee~:p so pada korang yang terlibat secara langsung dan tidak..thankss ye bagi aku gugur jantung..haha..sekecil-kecil benda korang bagi..insyaAllah aku ingat sampai akhir hayat aku..terima kasih sudi jadi teman aku, kawan gaduh aku, kawan mengadu aku, dan semua laaa..korang dah jadi sebahagian dalam hidup aku..seronok kalau gambaq atas tu cukup berenam..lama tak bergambar ramai2 :) moga Allah menjaga kalian semua ye..

~u i love M.A.Q.G.A.D :) assalamualaikum..