Assalamualaikum gaisss! sihat ke idokkk? hurmm iollss sihat
jekk..cuma busy lerr weekend penuh dengan macam2 program..nak i susun? ni yang
terbaru laa..4-5/11 Program Sek SEMEKAP, 6-8/11 NLP, 13-15/11 Prodigy, 28/11 Family Day KASIH dan 29/11
Sukan Fakulti..tu pun ade lagi..errrr bersusun program KASIH..tu belum senarai tarikh yang
sebelumnya tuu..malas laaa nak cite..haha..aku just harap dapat enjoy je selagi
ada peluang kat U ni kann :)
Ni aku nak cita pasai benda lainn...23 November 2015 hari Isnin..tarikh
yang sama aku dikeluarkan daripada perut mak 22 tahun yang lepas..alaaa senang
citaa my birthday leww :p Pada aku hari tersebut adalah hari-hari yang biasa ja pada
aku..mungkin sebab kita dah makin besar dan matang seiring dengan usia yang
sudah mencecah 22 TAHUN..HAHA..yaaa bagi kawen pun anak 4 dahh :p tak kesah
laaa..kiranya macam dulu kan kita dok tunggu sambil pegang henfon sapaa laaa
nak wish aku tepat pukul 12 ni! haha..tapi time tu aku takdak pikir la semua
tu. Dah besar kott..
Tapi tu laa kalau dah nama membe..kalau tak kacau aku takk sahh!
dekat pukul 12 agaknya aku dah dok nak lenaa..depa dok kejut aq (Aini
sebenaqnya insan yang dok kacau aku tu :p) poyosss gilerr siap nyanyi ramai2
depan aku dengan keadaan aku masih mamai2..hahaha..kuajaqq betul bebudak ni..tapi
thanksss a lott laaa my dearest housemates semua (teha, ziyah, nadia, aini pak
itam, giey gedik, dan dila walaupun die dah 'karam' pun time tuu..haha) nak gak
nyanyi and wish pukul 12 malam tu..gagahh laaa depaa nii :p Aini pulak punyaa cover laa tak bagi aku masuk bilik dia bagaii..rupanya bagi kad 'special' utk aku..homemade uollsssss~haha..tak habeh ngan tu siap prank aku, kununn teha 'jatuh'! berderau sungguh laa mak jemah nii! sekali si midah ngan ayu dah get ready belakang loker pun..tak gunaaaa ini perempuan~ hahaha :p tapi hilang laa kempunan depa bagi kek cekelatt cheese..hikhik..siap main masak2 bihun tomyam! hurmm :') tak lupa dila yang cover2 nak belanja birthday gurl ni "funky channel' semuaa..haihh..yang wish aku secara lisan mahupun bertulis..TERIMA KASIH LAA OII! dengan ni pun baru2 ni giey & dila bagi suprise utk birthday aini pulak..beli kepsi! macam2 betol dieorang ni..happy ada kawan macam gini..sanggup spend duit and time masa hari special kite kan? nilai duit tak penting pun pada aku..sekadar wish dan ingatan pun dah memadai :)
*M.A.Q.G.A.D - tak cukup korum pulekk..hmm..
Haaa ni laa di..nampakk tak ade tanduk terkeluaq kat tudung masing2 tuu?! keja prank org jaa! hahaha...nasib tak tukaq baju kurung lagi masa tu..nampak lerr keayuan guee~:p so pada korang yang terlibat secara langsung dan tidak..thankss ye bagi aku gugur jantung..haha..sekecil-kecil benda korang bagi..insyaAllah aku ingat sampai akhir hayat aku..terima kasih sudi jadi teman aku, kawan gaduh aku, kawan mengadu aku, dan semua laaa..korang dah jadi sebahagian dalam hidup aku..seronok kalau gambaq atas tu cukup berenam..lama tak bergambar ramai2 :) moga Allah menjaga kalian semua ye..
~u i love M.A.Q.G.A.D :) assalamualaikum..
No comments:
Post a Comment