Saturday, 18 September 2021

AFTER 5 YEARS~

 Assalamualaikum..

Fuhhh.. after 5 years gaiss.. tergerak hati nak buka balik blog ni untuk menggamit kisah memori lampau masa zaman Universiti.

Zaman yang penuh berwarna dan pelbagai corak. Tapi tu yang mahal sebab now im almost 28 & aku duduk sendirian di kamarku~ menangis kesepian kernamu~ haaa dah ternyanyi ๐Ÿ˜… 

Duluu.. Masa aku kat U, aku selalu menung, melepek tak buat assignment, moody, teringat rumah/family yang jauh. Memikirkan aku student yang tak guna banyak habis masa dan duit mak ayah. Sebab pikir diri 'nothing'. Orang yang tak ada apa untuk dibanggakan. Selalu rasa 'down', self-confident takdak. Ehh terukk nauu laaa bila pikir balik masa tu. TAPII benda yang aku bersyukur sangat sampai sekarang, Allah kurniakan aku insan-insan yang hati mulia. Teman-teman yang ikhlas bersahabat sebab sampai sekarang ni, depa still ada! Gilaa bethol mereka nihhh HAHA.. Tahan nohh berapa tahun dah kita bersahabat. 

Aku tak perlu laa nak sebut nama nama depa sebab nama-nama depa ni aku dah semat siap siap dalam hati aku, dalam doa aku. Depa yang sentiasa ada bila aku rasa susah, rasa macam-macam laa. Ni ampa baca kang kata lak 'Aiiii lebihkan member aje budak nii, family sikit takdak sebut.. Padahal family mak ayah dok ada dengan kita dari kecik!' Haaa aku tangann satgii!๐Ÿ˜†

Aku paling bersyukur sebab sampai sekarang aku hidup dalam adanya doa mak ayah aku. Benda tu buat aku rasa hidup, even depa bukan jenis cakap sayang ke bangga kat aku ke depan depan. Alhamdulillah actually 01/09/2021 merupakan tarikh keramat dalam hidup aku. Selama aku hidup, aku dok rasa tak guna bagai tu, aku dok perabih borass mak ayah laa apa laa kan. Ada satu titik sinar pada aku yang mana aku percaya sangat ni hasil doa mak ayah aku gak, dok interview 3 kali sampai dok rasa give up laa. Orang sekeliling asyik tanya bila nak kerja, tak carik kerja elok ke? Bila nak tu? Bila nak ni? Hmmm~

Now, alhamdulillah. Hasil 4 tahun aku mencurah ilmu keringat di negeri orang, habis belajar 4 tahun aku merasa laa tanam anggur laa, jual dadih kat koperasi sekolah, jadi kerani laa, memang aku buat yang luar bidang aku laa. Then hasil sabar aku capai gak kerjaya yang mana pada aku kerjaya ni sangat mulia. Pada aku sendiri pun kalau ikutkan, betapa aku rasa tak layak untuk memegang title tersebut. Sangat mahal dan aku perlu bawa hingga ke akhir hayat. Halaahh tak payah mention laa kerja apa. Tak penting untuk sebut kat sini, cuma aku nak kata aku bangga dengan diri aku sehingga laa sekarang.

Tapi tu laaa, sekarang ni seluruh dunia sedang alami satu ujian yang mana Covid-19 dah melanda hampir 2 tahun rasanya ek. Pejam celik pejam celik dok hadap PKP duduk rumah, jaga SOP semua sebab sekarang memang kita kena amalkan norma baharu. Ada laa sebab Allah bagi ujian ni, dulu kita buat tak heran je tapi mana sangka kan? Sekarang nak jumpa orang pun susah, nak salam peluk cium apetah lagi. Rindu rinduan dari jauh jelaa.. Sedih kan? Tapi takpa, kita muhasabah diri dan pikir balik apa hikmah Allah turunkan ujian macam ni. ๐Ÿ˜‡

Eh aku dah taip panjang panjang ni tak ada point apa pun nak bagitahu ampa kali ni. Saja saja bebel sebab lama sangat dah tak luang masa curhat kat blog. 5 tahun aku lupakan blog aku camtu jek, pastu haa tetiberr nak cerita balik apa yang jadik selama bertahun-tahun ni kang, sampai lusa aku keraihh kejung lak depan laptop๐Ÿ˜‚

InsyaAllah.. Ada ruang, panjang umur kita sambung lagi bebel kat sini k? Kalau kata aku tak panjang umur, ampa doa-doakan laa untuk aku. Mana tau kita boleh jumpa kat 'sana' insyaAllah๐Ÿ˜‡ Aku doakan sesiapa pun yang terbaca, terjumpa, terscroll blog aku ni, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahkan rezeki yang tidak henti-henti seperti air zamzam, dipermudahkan segala urusan ampa dan dilindungi Allah hendaknya. 

Ok laa.. rasa cukup setakat ni dulu kita merepek panjang. Untung aku kalau ampa baca sampai habis HAHA bersabar bethol eh korang baca๐Ÿ˜‚ Pasni mana tau aku update sekali lagi tau tau aku dah ada shuben pulekk ke. Eh? laaa single ke? Hmm yelaaaa 28 dah nak carik mana pun tak tau.. kot laa ada suamiku jatuh dari langit kennn~ punggahhh imaginasiku~๐Ÿ˜‚


*Dah jom layan lagu satt.. Sebab sekarang tgh september je pun. Beriaa mesti nak share lagu ni๐Ÿ˜